....cLick! cLick! cLick!...

Monday, January 2, 2012

because i'm a woman.......

...Assalamualaikum (w.b.t)...


...wassup guys...


...dipagi hari yang dah menganjak ke tengahari nih...tetiba rasa nak update blog...hmmm...sejuk2 nih idea ade suam-suam kuku je la...takpela...macam mana pon cuba untuk update sebaik mungkin untuk tatapan anda semua...


...untuk permulaan hari isnin yang tak berapa gojes nih sebab hujan yang tak berenti...tetiba teringin nak tulis tentang satu puisi yang pernah aku baca dulu...then...pernah dedicated untuk mr.kekasih hati...saja nak mengisi ruang kosong dalam msg fb die...ngeh3...


...satu peringatan khas untuk kaum adam di luar sana...kenalilah hati wanita seperti kami ini...



...jom membelek puisi di bawah ni bersama-sama...


kerana aku wanita
pandangan adam mampu tembus ke dasar hatiku


kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku


kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki


kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku


kerana aku wanita
air mata teman setiaku


kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi


DAN


kerana aku wanita
ku damba pertolongan darimu Adam


Peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku


kerana aku wanita
akhlakmu ukuran di mataku


peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu


kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu


kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah


sekadar ingin kau tahu
hati ini mudah tercalar


kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku


saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali


kerana aku wanita
ku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku
ada sebabnya


WAHAI ADAM


kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami


andai kau rasa 'usha' itu kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami


jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami


---------------------------------------------------------------------------------------------------


...khas buat kaum adam sekalian...


...hayatilah dan renungilah...


...bukan banyak yang diminta...


...hanya sekadar mencari syurga berpangkatkan isteri solehah...


...tetiba hakimahrahman cam tacing bagai...ish spesies order penampor sebakul la 


nih...hehehhe....


...peace!!!!...



...+hakimahrahman+...



No comments:

Post a Comment

anak-anak murid yang tak buat kerja sekolah...