....cLick! cLick! cLick!...

Sunday, May 22, 2011

:: oRaNg yaNg mENciNtaiMu ::

...Assalamualaikum (w.b.t)...


...orang yang mencintaimu...

...artikel ni actually aku baca dalam fb...masa ni masih belum berkecimpung dalam dunia penulisan blog ni...hahaha...da lame aku lupe sal article ni actually...then semalam masa ngah bergodek2 ngan fb..tengok alik msg2 yang penah aku sent kat die dulu...jupe dis lovely article...



...orang yang mencintaimu...



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada
kamu satu-satunya. 


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. 


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah. 


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat
Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah
dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku
CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. 



6]Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS. 



7] Orang yang mencintai kamu
akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana
saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya
pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. 



8]Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. 



9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. 



10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu. 



11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi
ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya
tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada
kamu. 



12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan
suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang
biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. 


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat
itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. 



14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. 



15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’ 



16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. 



17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di
tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu. 



18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. 



19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. 



20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu
kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan
surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya. 



21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya. 



22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa
menunggu kamu. 



23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak
pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya
meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan
karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan
kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.  


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

...orang yang benar2 ikhlas mencintai kamoo akan lakukan semua benda ni untuk kamoo...dan...aku pernah menjadi insan yang mencintai die...sakit biler terpaksa berlalu kerana cinta die bukan untuk diriku...dan untuk kamoo2 yang ade insan yang mencintai kamoo...jagalah die sepenuh hati kamoo...kerna...die benar2 insan yanglayak membahagiakan kamoo...



...kerna...




...die orang yang mencintaimu....




...thanks for reading dis entry... (",)...




...+hakimahrahman+...

No comments:

Post a Comment

anak-anak murid yang tak buat kerja sekolah...